Assalamualaikum w.b.t dan salam perkenalan buat semua.
Akhirnya, berjaya juga saya memulakan entri pertama di blog ini walaupun mengambil masa agak lama untuk merasmikannya. Jom berkenalan dengan saya :)
1. Latar belakang peribadi
Nama penuh yang diberikan oleh ibu-bapa tersayang ialah Khairi Aznita bt Mohd. Zawawee tetapi lebih dikenali dengan nama Aznita semasa belajar dan di tempat kerja. Panggilan lebih mesra di kalangan keluarga dan rakan-rakan ialah Ita atau Nita. Berumur 36 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki 3 orang cahaya mata. Dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi membesar di beberapa tempat memandangkan ayah bekerja sebagai seorang pegawai polis.

2. Pendidikan
Memulakan persekolahan di Kuala Terengganu sehingga ke tingkatan 3 dan kemudian memasuki asrama penuh di Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, Kelantan. Selepas itu, berpeluang pula melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memiliki Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains (Teknologi Bioperubatan).

3. Pengalaman bekerja / kepakaran
Kerjaya di dalam dunia kecantikan bermula pada tahun 2003 dengan bekerja secara separuh masa di The Body Shop, Mid Valley. Di sini saya mula belajar tentang selok-belok berkenaan hal penjagaan diri dan kecantikan. Kerjaya sebagai Penasihat Kecantikan sememangnya sangat menarik tetapi agak memenatkan lantaran terpaksa berdiri selama 8 jam. Sewaktu bekerja di sinilah saya bertemu dengan Dr. Clara Chee, pengasas Clara International Beauty Group (CIBG). Beliau menyuruh saya menghubungi beliau setelah tamat pengajian kerana ingin menawarkan pekerjaan kepada saya. Akhirnya saya bekerja di CIBG selama 2 tahun sebagai Eksekutif Pemasaran sebelum menyertai sebuah syarikat kecantikan milik bumiputera yang lain. Namun, rezeki bekerja di syarikat baru tesebut tidak lama memandangkan saya mendapat tawaran lebih baik untuk bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal di Klang.

Bertugas sebagai Penolong Pengurus Hal-ehwal Regulatori di syarikat farmaseutikal selama 11 tahun. Antara tugas utama saya ialah mendaftarkan produk ubat yang dikilangkan oleh syarikat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Selain ubat, saya juga mempunyai pengalaman mendaftarkan produk kosmetik, supplemen kesihatan dan persediaan herba. Turut berpengalaman dalam membuat permohonan sijil halal untuk produk supplemen dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini merupakan kepakaran saya yang ingin dikongsikan bersama-sama dengan pengusaha kecantikan dan produk kesihatan di luar sana.
4. Pengalaman berniaga
Pernah menjual beg tangan berjenama, tudung dan jubah secara online. Tidak terlibat secara serius dan lebih kepada suka-suka. Yang terbaru, saya menjual biskut chocolate chips dan popia nestum untuk hari raya tahun ini.
5. Minat / hobi
Jika disoal tentang hobi, sudah tentu jawapan saya melancong ke destinasi menarik samaada di dalam atau luar negara. Pengalaman dan tips melancong ke beberapa buah negara ada saya kongsikan di blog lama saya iaitu http://aznitaz.wordpress.com/. Saya juga minat memasak tetapi lebih menjurus kepada masakan barat kerana mengikut selera anak-anak yang amat menggemari hidangan seperti pizza, spagetti dan lasagna. Jika bersiar-siar ke pusat membeli belah, antara kedai yang wajib dikunjugi ialah kedai hiasan dalaman rumah dan juga kedai buku. Saya suka membaca novel, buku masakan dan majalah berkaitan fesyen serta idea untuk menghias rumah. Hobi terbaru saya ialah menjahit dan diharap pelaburan membeli mesin jahit mini tidak menjadi sia-sia. Masih terkial-kial mencari masa untuk fokus belajar menjahit.
6. Matlamat
Matlamat utama saya untuk menyertai akademi ini adalah untuk mempelajari teknik-teknik berkesan dalam penghasilan blog yang berpengaruh. Selain itu, saya juga ingin mendalami asas-asas untuk berniaga secara 'online' dan membina 'networking' di kalangan ahli-ahli akademi bekerja di rumah.
Diharap dengan perkongsian dari sifu-sifu hebat di akademi ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran diri untuk mula berniaga di alam maya ini. Inshaa Allah.

Sekian.
Aznita
Aznita
No comments:
Post a Comment