Teks: Aznita Zawawee
Sejujurnya saya agak skeptikal sewaktu kemunculan produk berasaskan L-Glutathione di pasaran. Agak menakutkan apabila mendengar terdapat pil / tablet yang boleh menghasilkan kulit yang cantik dan putih. Jika krim pemutihan itu sendiri sudah menakutkan untuk dicuba kerana bimbang tentang kandungan kimianya dan ini apatah lagi sesuatu yang perlu dimakan untuk menjadikan kulit kita putih. Agak radikal pula bagi saya ketika pertama kali mendengarnya. Erm.. banyak sungguh jenis produk kecantikan di pasaran kan? Saya memang kagum dengan kaum hawa yang sangat berani mencuba sesuatu yang baru seperti ini demi untuk kelihatan cantik.
Saya terfikir kalau ia sesuatu yang membahayakan tentu ia tidak akan diiklankan secara terbuka di laman sosial dan apatah lagi di televisyen. Selalunya saya akan menganggap sesuatu produk itu selamat sekiranya ianya sudah muncul di kaca televisyen. Ini kerana pengusaha boleh dikenakan denda yang sangat tinggi jika membuat iklan produk yang tidak berdaftar. Maka saya pun mula membuat sedikit carian di internet untuk mengetahui apa sebenarnya bahan L-Glutathione ini. Wah mudahnya untuk mendapat info berkenaan suplemen ini kerana ia bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan juga di luar negara. Kalau di luar negara, produk ini diambil kerana ia merupakan bahan anti-oksidan yang sangat baik untuk sistem ketahanan badan kita. Berikut merupakan kebaikan glutathione yang saya dapat hasil carian di internet:
Sedikit peringatan kepada pengusaha kosmetik di luar sana bahawa sekarang penggunaan bahan glutathione sudah tidak dibenarkan dalam produk berasaskan makanan. Ia perlu didaftarkan sebagai suplemen makanan dan mendapat nombor pendaftaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk pengguna pula, jika ingin membuat pilihan yang selamat bolehlah merujuk ke laman web http://portal.bpfk.gov.my/ untuk menyemak status produk gluthatione yang berdaftar.
Selamat mencuba!
Sumber rujukan: http://glutathionepro.com/what-is-l-glutathione/
- sebagai bahan anti-oksida
- mencerahkan kulit
- melembut, menghaluskan kulit
- anti-penuaan
- meningkatkan sistem pertahanan/imun tubuh
Sedikit peringatan kepada pengusaha kosmetik di luar sana bahawa sekarang penggunaan bahan glutathione sudah tidak dibenarkan dalam produk berasaskan makanan. Ia perlu didaftarkan sebagai suplemen makanan dan mendapat nombor pendaftaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk pengguna pula, jika ingin membuat pilihan yang selamat bolehlah merujuk ke laman web http://portal.bpfk.gov.my/ untuk menyemak status produk gluthatione yang berdaftar.
Selamat mencuba!
Sumber rujukan: http://glutathionepro.com/what-is-l-glutathione/
No comments:
Post a Comment