Teks: Aznita Zawawee
Foto: http://www.belfasttelegraph.co.uk
Hari ini saya mahu kongsikan sedikit informasi khusus bagi mereka yang berminat untuk memiliki jenama kosmetik mereka sendiri. Sekarang memang sangat mudah untuk mendapatkan servis sebegini dan ada yang menawarkan pakej dengan harga yang sangat berpatutan. Jangan terburu-buru dan buatlah sedikit kajian sebelum bertindak. Saya amat galakkan pengusaha di luar sana untuk mempunyai sedikit ilmu berkaitan regulatori supaya tidak terpedaya dengan pengilang yang tidak beretika.
OEM berasal dari perkataan 'Original Equipment Manufacturer' yang bermaksud pihak pengilang menghasilkan sesuatu produk untuk syarikat orang lain. Kilang OEM hanya mengeluarkan produk tetapi segala urusan pemasaran dan penjualan dilakukan oleh pihak syarikat kosmetik itu sendiri. Kelebihannya, pengusaha tidak perlu memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk di bawah jenama mereka. Tentunya ia lebih mudah dan jimat.
Secara ringkasnya, pengusaha perlu tahu akan:
- Status GMP pihak pengilang.
- Status HALAL (jika ada). Bagi produk kosmetik, pensijilan halal diberikan ke atas produk dan bukannya ke atas premis.
- Nombor notifikasi dari KKM jika permohonan dibuat oleh pihak pengilang. Anda boleh juga semak sendiri di laman web KKM.
- Peraturan pelabelan produk.
- 'Product Information File' atau 'PIF'. Wajib ada bagi setiap produk kosmetik.
- Formula perlu bebas hidrokuinon /merkuri terutamanya dalam formula krim malam. Berhati-hati apabila mereka mencadangkan sesuatu formula yang boleh memberikan kesan yang cepat atau drastik.
- Dokumen berkaitan teknikal seperti PIF, formula dan label yang berdaftar. Perlu simpan satu salinan anda sendiri untuk rujukan.
Inshaa Allah, saya akan huraikan satu-persatu 'point' di atas di dalam entri yang berikutnya.
Sekiranya ada yang ingin bertanya lebih lanjut, boleh emelkan terus ke aznitazawawee@gmail.com.
No comments:
Post a Comment