Friday 15 January 2016

Pusat Terapi Pertuturan di Shah Alam

Teks: Aznita Zawawee
Foto: Aznita Zawawee

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat bagi ibu-bapa yang sedang mencari pusat terapi untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan seperti buah hati saya, Zakwan. Pusat terapi ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Syukur Alhamdulillah, sangat dekat dengan rumah saya dan bayaran dikenakan juga agak berpatutan jika dibandingkan dengan pusat terapi yang lain. 

Nama pusat terapi ini ialah Smart Integrated Therapy (Formerly known as Great Life Physio, Shah Alam). Jika ada yang berminat boleh cuba menghubungi nombor telefon mereka di talian 03-5524 0580.

Pusat ini terletak bersebelahan dengan Restoran Le Lac bagi sesiapa yang sudah biasa dengan kawasan Tadisma di Seksyen 13, Shah Alam. 

Setakat ini Zakwan sudah menjalani sebanyak 3 kali sessi terapi pertuturan ('Speech Therapy') di sana dan semuanya berjalan dengan lancar. Tidak lagi mengamuk sambil tendang pintu dan melalak sampai nak pecah anak tekaknya seperti di pusat terapi yang lama. Memang huru-hara di tempat lama dek kerana karenah Zakwan. Kadang-kadang saya pun buntu macam mana hendak mengawal situasi seperti itu. 

Bila tidak bekerja, nilai RM10 pun sudah terlalu besar buat saya. Inikan pula kena membayar RM150 dan Zakwan pula hanya menghabiskan masa untuk mengamuk di pusat terapi yang lama. Bila keadaan ini berlaku beberapa kali, saya dan suami mula memikirkan alternatif lain untuk bertukar pusat terapi. Alhamdulillah, di tempat baru ini Zakwan agak serasi dengan 'speech therapist'nya.
Lega sangat hati mama tau dik :)

Besar harapan mama nak tengok Zakwan boleh bercakap dengan betul macam budak-budak seusianya yang lain. Tahun depan dah nak masuk darjah 1 jadi harap-harap adalah perubahan nanti selepas 10 kali sessi terapi di sini. Amin.

Ok, kalau nak tahu jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini, boleh rujuk gambar resit di bawah ini ye:



Setakat ini bayaran yang dikenakan untuk 'occupational therapy' atau OT adalah RM90 /jam dan harga untuk 'speech therapy' adalah RM100/jam.

Sekian, jumpa lagi.



4 comments:

  1. salam puan,
    saya nani.
    macam mana ye perkembangan anak puan?
    anak saya 4 tahun pun hadapi masalah pertuturan juga. lambat cakap plus pelat sikit. saya ada bawa anak ke htar tapi jarak masa sangat lama...3 bulan...lepas tu agak tak berpuas hati sangat. saya baru fon pusat yang puan pergi ni. masuk waiting list sebab ramai. harap anak puan makin lancar pertuturannya ye.
    terima kasih atas perkongsian puan ini.

    ReplyDelete
  2. Wasalam Nani.
    Alhamdulillah, anak saya sudah menghabiskan sessi terapinya di SIT. Terima kasih atas doa puan. Semoga anak-anak kita akan petah bercakap seperti kanak-kanak seusia mereka. Walaupun sudah habis sessi bersama therapist, masih ada beberapa huruf yang dia masih belum boleh sebut dengan jelas. Menurut therapist, Zakwan akan belajarnya sendiri nanti dan kita kena sama-sama ajar dia membaca dan bertutur di rumah. Pendek kata, pendekatan itu perlu diberi secara berterusan.

    ReplyDelete
  3. Assalam..bole sy tau berapa lame sesi dgn therapist tu hari2 ke dan berapa lame ambil mase i.e. 6 bulan or 1thn ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam yayah, setiap sessi ambil masa sejam. kebiasaannya up to 10 sessions. Saya hanya hantar sekali seminggu. Berapa kerap dan berapa lama sessi tu bergantung dengan masa dan bajet puan.

      Delete